Kenapa Emosional kah aku? Ahh lantak lah
Aku cuma nak cakap yang cuti2 ni aku banyak makan. Makan tido makan tido makan tido. Joging sekali je huhuhu bagus betul aku. Bila makan je terus tak boleh stop. Sayang betul aku dekat makanan hee
Nak dijadikan cerita time hari raya haji hari tu, Auntie Ros iaitu jiran depan rumah aku datanglah bertandang ke rumah aku sebab nak bagi kuah masak lemak cili api. Sebenarnya aku pun tak tau tu masak lemak cili api ke tidak huhu sedihnya aku. Nampak sangat tak pernah masuk dapur tolong mak masak.
Lepas jiran aku tu cakap2 dengan mak aku, dia datang pulak kat aku. Dia tanya aku buat apa lepas pmr nih. Aku cakap lah duk umah je. Then dia kata aku dah gemuk hahaha perasan jugak dia.
Seriously, aku tak boleh men-stop-kan diri aku untuk makan dan makan lagi. Sampai lah adik aku cakap aku macam Chowder. Chowder?? Hahahaha :D