Monday, October 18, 2010

AKTIVITI DI MASA LAPANG

Sebagai pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah, ada banyak gak r aktiviti yang telah direncanakan oleh aku. Aku tak tahu lagi lah menatang2 semua ni berhasil ke tidak. Ahh buat je jangan banyak bunyi

1. Aku nak jadi part time chef kat dapur tu. Bukak internet, print resipi, masuk dapur, masak. Tapi aku tak nak lah masak ayam masak merah, asam pedas ikan pari semua2 tu. Aku nak buat benda2 yang mak aku tak buat lagi. Baity goreng pun aku nak try muahaha.

2. Part time wrestler pun macam best. Haha aku dah cuba dah ni. Belum apa2 lagi dahi aku dah luka. Tangan bengkak, ibu jari berdarah. Ni semua sebab pillow fight. Disebabkan adegan terlampau ganas, aku jatuh tangga katil lalu dahi terhantuk besi katil tu. Abang aku yang buat.

3. Menjadi bibik sepenuh masa ( as usual ). Sidai kain, basuh pinggan, kemas bilik orang sebelah, buat air untuk penghuni rumah dan masak nasi sudah menjadi kerja harian aku. Ya pak, butuh ning nggak?

4. Lakukan pembunuhan. Bunuh W302. Yeah, matikan saja phone tu!!!

5. Akhir sekali, teman Sarip shopping. Ah tak penting -___-