Saturday, August 21, 2010

SUP, SOP, OR SOUP?

Haha, tadi kitorang dapat paper Bahasa Melayu. Then, aku nampak Zatil dengan Lokman tengah cari diorang punya paper. Aku pun join lah cari paper aku sekali. Tiba tiba ternampak satu paper ni. Haha paper Aiman. Dia punya tulisan macam cacing kerawit. Masa tu Aiman pergi mana ntah. So aku, Zatil dengan Lokman pun baca lah karangan dia.

Time baca tu aku memang tak boleh tahan nak gelak. Serious lawak gila ayat ayat dia. Haha tapi tak apa lah sebab karangan budak lelaki memang macam tu. Tak boleh blah pengetua sekolah nama Puan Maizatun? Haha. Lepas tu ending dia, dia tulis saya berasa sedih kerana ini tahun terakhir saya menyabut Hari Guru memandangkan saya pelajar tingkatan lima. Haha, 'tingkatan lima'?

Then, terbau pulak sup. Lepas tu, Aiman tanya semua orang sup ke sop. Semua pun cakap sup termasuk aku. Si Aiman je yang cakap sop haha. Tengah tengah tak puas hati, tiba tiba Izati Rozman cakap yang sop tu bahasa Kelantan. Haha then Aiman kata ohh patut lah mak aku cakap sop.

Ehh Aiman. Sini KL lah, bukan Kelantan. S-U-P bunyinya sup. Haha sorry Aiman :)