Nama kembar saya Izzat Amir. Walaupun sudah hampir lapan bulan kami belajar di kelas yang sama, baru hari ini kami perasan bahawa kami sememangnya mempunyai pertalian darah. Yea, kami kembar.
Kisahnya bermula begini...
Cikgu Geo kami, Puan Pazilah telah menyoal nama saya. Saya pun dengan tenang menjawab, '"nama saya Izaty cikgu". Kemudian cikgu bertanya pula kepada Izzat. Izzat pun dengan sekali lafaz menjawab, "nama saya Izzat cikgu".
Kemudian, saya dapat melihat muka cikgu berubah. Lalu cikgu berkata, "yang ni Izzat, yang ni pulak Izaty. Kamu adik beradik ke?". Saya pun mengangguk. Izzat berkata kepada cikgu bahawa kami kembar.
Muka cikgu sekali lagi berubah. Namun, atas pertolongan para sahabat yang banyak membantu dalam menipu cikgu, Puan Pazilah dengan mudahnya mempercayai kata2 kami yang sememangnya dusta2 belaka.
Akhir kata, saya ada kembar. Anda?
With love, Izaty ♥